Monday, 21 March 2016

THE MAKING OF ICE CREAM

Assalamualaikum.

First time nak try buat aiskrim sebab terjumpa satu resepi yang mudah saja cara buatnya. So, excited gila beli bahan-bahan dan buat malam tu jugak. Bila nak habis dah putar bahan-bahan guna mixer, dok nampak dah ni macam nak jadi. Perasaannya syok nak mampuih wei. Maybe sebab first try pastu alhamdulillah jadi pulak. HAHAHAHA.

So, nak share la sikit resepi ni.
p/s: bukan resepi saya ya. hehehe 

BAHAN-BAHAN:
  1. 1 Tin Susu Cair
  2. 5 Sudu Besar Susu Pekat
  3. 1 Sudu Besar Ovalette
  4. 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
  5. 1 Biji Telur
  6. Pewarna / Perasa
CARA-CARA:
  1. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas mixer
  2. Putar selama 20 minit
  3. Masukkan pewarna / perasa pilihan. atau
  4. Bahagikan bahan-bahan yang selesai diputar kepada beberapa bekas untuk memasukkan pewarna pilihan. *aiskrim rainbow

Thank you. :*

zati.

Tuesday, 8 March 2016

FINISH.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tamat sudah perjalanan aku sebagai seorang pelajar STPM 2014/2015. Keputusan yang aku dapat membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku usahakan selama ini walaupun tidak dapat memenuhi permintaan ibu bapaku untuk mendapat 3 pointer and above. Aku telah membuat keputusan untuk memperbaiki keputusanku dengan mengambil kertas ulangan penggal 3. Aku berdoa dan berharap keputusan yang aku akan peroleh nanti dapat mencapai target aku. InsyaAllah, amin.

Maka bermulalah fasa aku untuk mengisi UPU dan menyemak syarat-syarat umum dan khas sesuatu kos di sesebuah universiti. Aku juga berdoa dan berharap aku layak untuk belajar di universiti tempatan. Aku tak kisah dapat universiti mana ataupun di negeri mana pun janji aku dapat belajar di universiti tetapi aku lebih prefer universiti yang jauh dari Penang. Tapi kalau rezeki aku di Penang, aku bersyukur dan terima seadanya. Hehehehe.


Di samping ini juga aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua rakan-rakan aku yang mengambil STPM kerana dapat result yang terbaik dan aku harap hampa semua dapat masuk universiti pilihan masing-masing. InsyaAllah, amin. 


Aku nak share something yang kawan aku bagi dekat aku tentang pandangan orang ramai pasal STPM, 




That's all. Thank you. :*


zati.